Salamullah kepada pembaca yang budiman.
Semenjak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu sensitif walaupun ia hanya desas desus yang mengatakan tentang bangsa Melayu, ketuanan Melayu atau Raja-raja Melayu Berpelembagaan yang perlu dihapuskan dari catatan sejarah. Ia keluar dari mulut seseorang dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri. Nampaknya bangsa kita sendiri muntah apabila mendengar perkataan 'Melayu'. Kenapa? Kalau bukan melayu kita hendak dipanggil apa?
Kita tidak sayang kepada yang bernama Melayu bahkan sebenarnya kita tidak sayang terhadap diri sendiri. Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap kita sehingga kita sangat benci kepada Melayu bangsa kita sendiri? Anda tahu jawapannya sebab anda adalah di kalangan bangsa ini.
Kalau kita benci dipanggil bangsa Melayu, kita suka orang panggil kita apa? Mungkin kayu? Atau John? Atau Ramasami atau 'tak bernama' itu lebih senang sebab tidak akan fanatik mana-mana bangsa nanti ia akan menjadi sebab perpecahan. Ha! baru saya dapat ilham, kita namakan 'bangsa Malaysia'. Setuju?? Kalau setuju mudahlah kita mencampur aduk semua agama jadi satu iaitu agama Malaysia. Itu adalah agama induk. Agama-agama lain seperti hindu, buddha, kristian, yahudi dan lain-lain adalah cawangan. Bolehlah anak-anak kita kahwin dengan bangsa dan agama lain tanpa menukar agama dan bangsa itu.
Saya rasa ramai yang tidak setuju sebab ramai melayu kita terlalu fanatik terhadap agama Islam dan agama lain pun ramai yang fanatik terhadap agama masing-masing bersama dengan bangsa masing-masing. Kalau bangsa Cina terkenal dengan agama Buddha, bangsa India pula terkenal dengan agama Hindu dan bangsa Melayu terkenal dengan agama Islam. Pada pandangan saya, ia tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk menjadi satu bangsa.
Baiklah, biar saya memudahkannya menjadi satu perkara yang paling 'simple'. Jika kita menggunakan nama Bani Jawi, kerana jawi adalah yang sebenarnya menurunkan keturunan bangsa Asia seluruhnya tidak kira bangsa Melayu, Jawa, Banjar, Bugis, Cina, India, Serani, Kadazan, Dusun, Dayak, Melanau, Suku Kaum Lun Bawang berasal dari kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur, bangsa Brunei ialah himpunan dari turutan genetik Kuki-Chin-Mizo. Lain perkataan 'Jawi ialah bonda kepada bangsa-bangsa Asia'.
Tetapi yang sedihnya apabila kita hendak memasyhurkan Bani Jawi yang beragama Nabi Ibrahim, ada pula golongan yang irihati dan telah cuba untuk menyekat, memadamkan tulisan jawi bahkan kalau boleh bangsa ini tidak pernah wujud langsung. Bangsa dari jurai keturunan Nabi Ibrahim melalui bonda mereka Keturah Kanaan. Paling menyayatkan hati ialah orang yang cuba memadamkan bangsa Jawi ialah seorang Melayu.
Jika perbuatan itu dilakukan oleh Yahudi tidaklah menghairankan sebab hasad dengki mereka telah termaktub di dalam Al-Quran. Yahudi tidak merosakkan agama kita dari dalam, kerana mereka bermatian tidak mahu kepada Islam. Orang yang merosakkan agama kita ialah petualang dari golongan kita sendiri yang disogok oleh Yahudi Kristian Liberal atau AFC. Kalau kita berpandangan liberal/bebas, maka biarkanlah agama apapun yang dianuti masyarakat. Tetapi bagi agama lain tidak mengapa pun bagi pihak mereka untuk menjadi liberal kecuali agama Islam. Ia wajib dipadamkan atau disekat dari kebebasan beragama.
Fahaman liberal yang dianuti mereka sebenarnya salah dalam pengertian liberal itu sendiri. Jika puak liberal ini memerintah tentu agama Islam segera dihapuskan atau dianak-tirikan tidak dibenarkan bebas sewenang-wenangnya. Suatu ketidakadilan berlaku dalam memperjuangkan keadilan. Di mana yang dikatakan kesaksamaan?
Puak inilah yang berkata manis dengan janji-janji kemudian janji itu dimungkiri. Puak petualang atau munafik dalam golongan sendiri. Puak itu dikatakan Melayu yang membenci Melayu. Pepatah orang tua kita berkata “Kalau tidak hulu kapak itu kayu juga yang memotong kayu”. Ertinya “Kalau tidak Melayu juga yang menghancurkan Melayu”.
Inilah musuh kita yang sebenar bukan orang kafir dalam sudut Islam. Kita hanya menyempit-kan perspektif munafik hanya dalam sudut agama sahaja. Cuba kita memperluaskan skop munafik itu dalam pelbagai perspektik samada di sudut politik, organisasi, pertubuhan, perniagaan dan skop yang paling kecil sekali di dalam persahabatan. Terdapat juga munafik di mana-mana.
Rasulullah saw. hanya mengutuskan surat sahaja kepada orang kafir dan mereka merasai takut dengan isi kandungan surat itu. Orang-orang kafir adalah musuh yang mudah dihadapi tetapi berbeza dengan puak munafik, mereka tidak gentar pun dengan kehebatan Islam. Mereka berani berhadapan dengan Rasulullah dan Baginda tidak menunjukkan sebarang permusuhan dengan mereka. Puak ini amat sukar untuk dihapuskan ibarat membuang duri yang halus di dalam daging.
Kita perlu berhati-hati jika kita ada ramai pengikut atau mempunyai organisasi, perniagaan atau kita seorang pemimpin. Pasti terdapat munafik dalam organisasi kita yang akan merosakkan kestabilan bahkan mereka boleh memusnahkan kita. Ciri-ciri mereka boleh dikenalpasti walaupun sukar. Satu daripada ciri-ciri munafik ialah memecah-belahkan hubungan persaudaraan, memutuskan sesuatu yang diperintah Allahb menghubungkannya.
Ini adalah formula dan mesej khas bagi menyatupadukan umat Islam Malaysia. Khasnya dengan pendekatan konsep ketuhanan, ketuanan Melayu, kemujizatan Islam, agama Islam sebagai agama rasmi dan memertabatkan tanahair malaysia di mata dunia dan di sisi Allah. Perlu kita mengenali dengan mengkaji kehebatan peradaban dunia keturunan Bani jawi sejak beribu tahun dahulu, melalui pengetahuan asal usul keturunan bangsa agung Bani Jawi. Pihak pemerintah dan pemimpin-pemimpin Melayu perlu menyatupadukan umat Melayu Islam di bawah payung Bani Jawi.
Ketuanan Melayu di bawah Perlembagaan Raja-Raja Melayu telah tetap dan diakui oleh penjajah British. Jika kita ingin mengubahnya lakukan perjanjian semula walaupun 99 tahun perjanjian itu belum berakhir. Kita ingin sangat Negara kita menjadi Republik Malaysia supaya rakyat lebih bebas memerintah. Tetapi jika kita lihat Republik Indonesia, rakyatnya tidak bebas langsung untuk bersuara dan pemimpin tetap menjadi kaya raya dan rakyat papa kedana.
Isu-isu ini sebenarnya lebih kepada memecahbelahkan masyarakat. Ia hanya menjadi janji- janji manis terhadap rakyat agar rakyat membuat provokasi dan komplot. Kita ingin menjadi seperti Republik Singapura sehingga rakyat berbangsa Melayu dipinggirkan. Mahukah kita Malaysia direpublikkan? Ketuanan Melayu tidak ada masalah tetapi yang menjadi masalah ialah Ketuanan Politik yang memporakperandakan rakyat dengan mewujudkan rakyat yang taksub kepada pemimpin-pemimpin politik melebihi yang lain. Inilah yang amat ditakuti.
Semoga buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca dan menjadi petunjuk ke jalan yang lurus Insya Allah.
Pengasas Bani Jawi SeDunia.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئآت أعمالنا. من يهده الله فلا مضلله ومن يضلله فلا هادى له. أشهد ان لاإلٰه إلا الله وحده لا شريك له وأشهد انّ محمدا عبده ورسوله أمّا بعد
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Segala pujian untuk-Nya, kami memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya, memohon ampunan- Nya serta meminta perlindungan dengan Allah dari segala kejahatan nafsu kami dan dari kejahatan amal perbuatan kami.
Sesiapa diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang boleh menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang benar-benar disembah melainkan Allah dengan sepenuh keesaan-Nya tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Adapun selepas itu,
Maka kita sebagai hamba Allah sayugia memuji dan mengagungkan keesaan Allah. Oleh kerana kurnia Allah yang merupakan pemberian nikmat yang tidak terhingga banyaknya terhadap kita manusia, maka bersyukur itu menjadi wajib. Manusia adalah ciptaan yang paling lemah sekali dari ciptaan-ciptaan yang lain. Namun ia menjadi kesukaan bagi Allah kepada yang paling lemah dan mengakui kelemahannya untuk dibantu dan ditolongi.
Di penghujung zaman ini, orang-orang yang paling lemah akan dihina dan diinaya. Bahkan orang yang tidak memiliki kehebatan, kemasyhuran atau kedudukan akan tiba-tiba berubah menjadi sebaliknya. Ini termaktub di dalam hadis bahawa orang-orang yang berkaki ayam tiba-tiba memiliki bangunan yang tinggi-tinggi. Sebagai petanda bahawa Allah akan mengakhiri dunia ini. Umat bungsu yang diberi apa sahaja kehendaknya. Umat terakhir yang sangat lemah dalam keimanan, kekuatan fizikal, rohani dan sebagainya.
Bani Jawi yang tenggelam dek pembohongan sejarah dari orientalis itu telah hampir pupus dari sebutan. Padahal di dalam kitab-kitab kuning(kitab kuno) telah tercatat Bani Jawi serta keagungan dan keunggulannya. Mereka pernah memerintah dunia, pernah maju dan berketamadunan melebihi kaum yang lain. Seolah-olah kini, bangsa Jawi kian tersembunyi dari suara dunia. Seperti pepatah 'Kerana lembu punya susu, minyak sapi dapat nama' dan dari kerana keagungan Bani Jawi itulah, Melayu dapat nama. Tetapi Melayu mudah lupa asal usul mereka menyebabkan Melayu kini kian layu.
Tetapi ingat! Jika alter Bani Jawi terangsang secara tiba-tiba, akan bangkit insan-insan yang tidak disangkakan oleh dunia boleh menjadi pemacu teknologi terkini, menjadi pelajar terbaik di dunia, pelopor-pelopor dan pencipta-pencipta yang hebat. Cuma puak barat sedaya-upaya menidakkan keupayaan dan kehebatan kita.
Rancangan Orientalis telah berjaya menghalang orang Timur untuk maju dan mendahului mereka. Dengan mengambil kesempatan dari otak orang Timur ketika orang Timur bijak di universiti, mereka mencedok tesis kita. Padahal sarjana-sarjana Barat itu telah menggunakan idea-idea bernas orang Timur dan mengatakan merekalah yang mencipta idea-idea itu.
Dari awal ketamadunan manusia lagi, ilmu seperti membina kapal, penerapan bintang, pembinaan bangunan yang tinggi dan sebagainya adalah dianugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan orang-orang yang beriman. Teorem Phitogaros, Algebra, Mantik, Ilmu Perubatan semua itu sebenarnya milik orang yang beriman.
Sehingga sekarang pelbagai ilmu dapat ditimba dari Al-Quran dan masih belum diterokai sepenuhnya. Suatu zaman, Islam telah menguasai dunia ini yang mana semua teknologi telah dicipta oleh orang-orang yang beriman tetapi apabila Baghdad dan Konstatinapol hancur, hasil kitab dan buku-buku karya Islam dicuri oleh Eropah. Orang Eropah mengatakan merekalah yang menghasilkan penemuan sains tersebut padahal ia semua adalah milik orang Islam.
Sekarang kita terlalu menyerah dan mengalah dalam bidang apa pun, ekonomi, politik dan sosial. Kita menyerah kalah kepada orang Eropah sehingga mereka mempergunakan kita kembali. Jika kita bangun memperjuangkan milik kita, merampas kembali hak kita sebagaimana mereka merampas hak kita di masa dahulu, nescaya kita tidak akan mahu mengalah.
Tetapi hal ini tidak akan berlaku dan hampir mustahil jika kita tidak bersatu. Mereka berjaya kerana mereka bersatu. Apabila dua puak besar Bani Israil Yahudi dan Nasrani bersatu, walhal mereka tidak boleh bersatu selamanya, maka kita kalah. Ini dtegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Demi untuk menjayakan rancangan mereka memerintah dunia ini, maka mereka sedar tanpa penyatuan bangsa Israil pasti mereka akan hancur. Ini juga termaktub di dalam Al-Quran.
Penyatuan ini adalah semata-mata untuk menyebarkan dan menjayakan rancangan jahat mereka bagi menjatuhkan Islam. Maka rancangan jahat mereka itu pun telah berjaya. Kita mempunyai suatu rancangan murni demi kebaikan. Tanpa penyatuan, bagaimana pula rancangan kita akan berjaya? Ini suatu yang mustahil. Tanpa tauhid, amalan kita pun tidak akan diterima dan gagal.
Oleh itu penyatuan yang bermula dengan penyatuan bangsa adalah sangat penting dan lebih utama dari segalanya. Ada orang yang menganggap perkara yang utama sekali ialah penyatu-an Islam atau penyatuan agama. Tetapi Kalau tidak ada bangsa, tidak akan ada agama.
Kita pandai pula pada ketika menyatukan jenis-jenis besi sehingga berjaya menjadi sebuah kereta, ataupun bangunan. Maka batu hendaklah disatukan dengan batu manakala kayu pula hendaklah disatukan dengan kayu. Itu yang lebih mudah. Tetapi pada ketika yang lain ia boleh disatukan di antara pelbagai jenis benda dan ia terlalu sukar. Boleh jadi barang yang terjadi itu tidak cantik dan kurang kegunaannya.
Jadi, 'bangsa' itu adalah 'jenis' (dalam ilmu bahasa/Etymology). Di dalam bahasa Arab ditandakan dengan Huruf Ya di hujungnya dan suffix bahasa bermaksud di hujungnya yang menyatakan jenis, bangsa atau budaya seperti juga bahasa sanskrit dihujung perkataan 'Mala' ditambah dengan perkataan 'ya' atau 'yu' menjadi 'Malaya' atau 'Malayu'. Ia bererti 'Bangsa Mala' atau 'Jenis Mala'. Perkataan “Bani Jawi” adalah bahasa Arab Aribah(Arab Kuno) yang di belakangnya ditambah dengan huruf 'Ya' dari asal perkataan Ja-a ertinya 'pergi/hilang/lari'. Itulah sebab yang dikatakan 'bangsa yang hilang'. Bani bermakna 'anak keturunan'.
Oleh itu, apabila kita telah mengetahui asal usul perkataan sehingga asal usul keturunan dan bangsa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa pengembara yang merantau 'pergi' ke Timur, hendaklah kita sedar akan kehebatan bangsa kita. Bangsa kita telah mengembara melalui daratan dan lautan. Sudah tentu bangsa perantau ini mempunyai kebijaksanaan di dalam pelbagai ilmu. Mereka berasal dari perkampungan Nabi Allah Ibrahim di Mala-Ur, Mesopatamia merantau semata-mata mengembangkan agama Nabi Ibrahim yang lurus dan tidak mensyirikkan Allah.
Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih terperinci dan lebih lanjut lagi teruskan membaca isi kandungan buku ini. Sebenarnya kisah pengembaraan mereka itu terlalu panjang untuk dimuatkan semuanya. Sehinggalah para pembaca dapat mengikuti edisi seterusnya akan datang dalam edisi yang lebih panjang. Sekian sahaja sepatah dua kata daripada saya. Wallahu a'lam.
Pena Penulis...
Nyanyi Sufi
ReplyDeleteBumi tidak akan bergoncang kalau Quran & Hadith dijulang, solat dan zakat tak tumbang, nafsu dikekang, janji amanah tak lekang, Khalifah dan Raja ditatang, ulamak bersuara lantang, ranjang tiada sex rambang, umat Islam bersatu tak perang, hak fakir miskin dan anak yatim dihidang, wanita tak berpakaian jarang, dengar azan masjid didatang, saf-saf penuh ruang, jihad dituntut semangat juang menentang petualang. Hukum alampun tak meradang turut berdendang mengikut rentak paluan gendang. Allah dan Rasul tersenyum girang.
qadzi 1432
SATRIO PININGIT TELAH MUNCUL
ReplyDeleteTulisan ini dipersembahkan khusus bagi mereka yang ingin memahami kebenaran tentang misteri: Satrio Piningit, Imam Mahdi, Dajjal, Yesus Kristus, anti kristus, nabi Isa, Almasih dan Ratu Adil. Tulisan ini juga mengungkap misteri: Sabdo Palon Nayo Genggong, Nyi Roro Kidul, mahluk ruang angkasa, (UFO), leluhur bangsa israil dan benua atlantis
. . .
Di masa nabi Ibrahim manusia mulai mencari Tuhan yang menciptakan segalanya. Manusia memuja roh-roh leluhur mereka. Ibrahim (Abraham) memiliki putera bernama Ismail (Samuel) dan Ishak. Ishak memiliki putera bernama Yakub (Yakob). Yakub memiliki putera dua belas orang dari empat orang ibu. Mereka inilah yang disebut dengan bani israil, yang belakangan menganut faham agama yahudi. Orang yahudi meyakini adanya Tuhan meski mereka tidak menyebut ALLAH karena sebutan itu belum dikenal oleh nenek moyang mereka.
Orang yahudi menamakan Tuhan dengan sebutan YAH WEH (Yehova). YAH WEH artinya adalah Jawa. Jawa adalah asal usul nenek moyang mereka, asal usul ummat manusia. Jawa adalah syurga atlantis yang hilang. Sampai hari ini orang-orang israil (yahudi) berkeyakinan bahwa orang jawa (Indonesia) adalah saudara tua mereka. Orang yahudi meyakini bahwa gunung Muriah yang ada di Jawa adalah saudara kembar dengan gunung Moriah (Moriah Mount) yang ada di Israil. Gunung Muriah di Jawa sebagai kakak kembar dan gunung Moriah di Israil adalah adik kembarnya.
Bani mana pun sama ja.. Asalkan kita smua menjunjung perintah Allah.. Kita semua tetap sama d sisi Allah Swt.
ReplyDeleteSatu barakah untuk semua umat islam
ReplyDelete